Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Pengusaha Sarang Burung Walid
Sekitar Batu gajah terdapat beberapa individu yang mengusaha sarang burung walid secara kecil-kecilan yang mana menjadi pendapatan sampingan mereka.
Penanaman Padi
Penanaman padi merupakan satu aktiviti ekonomi tradisi penduduk kampung ini. Hal ini telah dijalankan turun temurun dari nenek moyang mereka lagi. 15 peratus penduduk kampung ini merupakan petani padi.
Warung Makanan
Terdapat lebih kurang 18 buah kedai atau warung yang menjual juadah pagi di sekitar kampung ini. Selain itu, warung-warung tersebutlah yang akan menjadi sentral untuk penduduk kampung bersua dan melepak sambal menikmati juadah pagi.
Tapak semaian Batu Gajah
Tapak semaian ini telah menjadi pembekal anak-anak pokok ke seluruh kawasan sekitar dan juga daerah Tanah Merah-Jeli. Tapak semaian ini bukan sahaja membekal pokok-pokok buahan nadir malah turut membekal pokok-pokok lanskap kepada pembeli.
Kemahang Teguh Sdn Bhd
Kemahang Teguh Sdn Bhd merupakan sebuah kedai milik anak jati kampung Batu Gajah yang menyediakan khidmat membekalkan pelbagai barangan pertukangan, pemborong barangan-barang hardware dan barangan pembinaan rumah atau bangunan. Antara bahan yang menjadi pilihan utama adalah seperti perkasas rumah iaitu zink, besi, simen, bata dan sebagainya. Selain itu, kedai ini juga turut menyediakan pelbagai jenis cat mengikut bajet dan citarasa para pelanggan. Kedai beropersi pada Sabtu sehingga Khamis pada jam 9 pagi hingga jam 6 petang. Bagi memudahkan urusan, kedai ini boleh dihubungi di talian 013-982 6627 untuk membuat sebarang pertanyaan atau tempahan.
Alamat : PT 2912, Kampung Batu Gajah,
Lebuhraya Tanah Merah,
17500, Tanah Merah, Kelantan
Azyani binti Khairul Anuar
Azyani binti Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai yani merupakan pelajar dari UPSI yang aktif menjalakan perniagaan pakaian secara online. Saudari yani telah lama berjinak dalam perniagaan iaitu semasa di peringkat sekolah menengah lagi. Beliau mempunyai pelbagai jenis pakaian wanita.. Saudari Yani datang daripada keluarga yang sememangnya menjalankan perniagaan sebagai ekonomi tambahan.
Justeru itu, saudari yani tidak terlalu kekok untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan walaupun permulaan perniagaan secara kecil-kecilan semasa masih belajar lagi. Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi saudara yani di talian 01 atau melayari laman Facebook. Perniagaan ini mula aktif setelah beliau menyertai kelas e-usahawan yang dibuat di Pusat Internet. Sebelum mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet Kg Batu Gajah, saudari Yani menjalankan pernigaan online secara tidak meluas kerana tidak terlalu arif dalam mengembangkan perniagaan melalui internet.
Nur Wahida Bt Nafi
Nur Wahida Bt Nafi atau lebih dikenali sebagai Cikda merupakan pelajar dari Unisza yang aktif menjalankn perniagaan pakaian secara online. Saudari Cikda telah lama berjinak dalam perniagaan iaitu semasa di peringkat sekolah menengah lagi. Beliau mempunyai pelbagai jenis pakaian wanita. Saudari Cikda datang daripada keluarga yang sememangnya menjalankan perniagaan sebagai ekonomi tambahan.
Justeru itu, beliau tidak terlalu kekok untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan walaupun permulaan perniagaan secara kecil-kecilan semasa masih belajar lagi. Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi saudara Cikda di talian 011-29260221 atau melayari laman Facebook https://www.facebook.com/cikda.dreamdress