Rekreasi dan Pelancongan
Kawasan Rekreasi Air Terjun Telaga Bijih
Kawasan air terjun ini menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Air terjun ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti gerai makanan, tanda awam, chalet dan menjadi salah satu tempat latihan bagi program-program sekolah.
Siba Garden Chalet
Siba Garden Chalet merupakan chalet yang berkonsepkan rumah kecil comel dikelilingi taman dan kolam ikan. Fokus utama chalet ini adalah bersantai bersama keluarga dan orang tersayang. Di sini ada 6 biji chalet comel sangat luas dan selesa untuk didiami. Harga serendah RM99 semalam termasuk sarapan pagi di cafe berkonsep hipster yang sangat unik. Antara aktiviti yang menarik adalah mandi kolam, memancing di beberapa kolam, main ATV, barbeque tepi kolam, bagi ikan makan, Jalan-jalan di taman bunga dan melihat lebah kelulut. Harga bilik adalah bermula daripada RM99. Untuk cottage mewah harga bermula RM173. termasuk sarapan, ianya sangat sesuai untuk keluarga besar nak buat gathering dan orang yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kota. Chalet di terletak di lokasi Siba Garden Chalet, Kg Jedok Tanah Merah dan boleh dihubungi di talian 010-2351640 untuk membuat tempahan penginapan.
Lata Keding
Lata Keding di Bukit Kudung Jeli, merupakan sebuah tempat peranginan yang tersembunyi dalam kawasan kampung. Ianya dikelilingi kawasan tanaman pokok getah dan ladang. Lata Keding di Kampung Gemang mungkin tidak begitu dikenali ramai, namun ia menyimpan seribu khazanah, flora dan fauna. Bukit Kudung misalnya menyimpan pelbagai rahsia sejarah yang tidak diketahui ramai orang antara yang pernah diceritakan memiliki kubu yang menjadi tempat persembunyian komunis suatu ketika dahulu.
Di sebalik keindahan Bukit Kudung yang setinggi 448 meter itu juga terdapat batu sempadan yang yang dikenali sebagai Batu 73 yang bersempadan dengan negara Thailand sejauh 2.3 kilometer. Lata ini mempunyai pelbagai bentuk chalet yang menarik sesuai untuk memenuhi keperluan pelanggan samada yang datang bersendirian ataupun yang berkeluarga. Laluan mendaki yang agak mencabar selain keindahan alam semula jadi yang tidak terusik menjadikan tempat ini unik dan sesuai untuk warga kota menghilangkan tekanan bekerja. Bagi yang berminat untuk dating berkunjung dan menginap di chalet Lata Keding, bolehlah menghubungi talian 010-888 8898. Lata ini berada di alamat PT 6293,Sungai Keding,Kampung Gemang,17700 Ayer Lanas,Jeli Kelantan