Karnival Usahawan dan ICT Pusat Internet 1 Malaysia
19 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniBertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lawang, Tanah Merah, Kelantan, telah berlangsungnya acara tahunan iaitu Karnival Usahawan dan ICT Pusat Internet 1 Malaysia. Program ini diadakan pada 18 Disember 2015. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran dan jualan produk yang disertai oleh badan kerajaan, badan berkanun, swasta dan usahawan tempatan. Disamping itu, terdapat juga pelbagai acara menarik yang boleh disertai oleh para pengunjung seperti pertandingan hijabista, pertandingan puzzle, kuiz KDB, sukaneka, cabutan bertuah dan persembahan Dikir Barat.Tidak ketinggalan juga turut diadakan Talk Usahawan Digital daripada penceramah jemputan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bahagian Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) yang mensasarkan golongan belia, usahawan dan pelajar untuk menyertainya. Matlamat talk ini diadakan adalah untuk merangsang minda golongan belia dan usahawan supaya dapat menggunakan kemudahan ICT untuk membangunkan masyarakat dan kemajuan desa khususnya kepada usahawan kecil dan sederhana supaya dapat mengembangkan produk mereka. Program ini dianjurkan sebagai menyahut seruan kerajaan yang ingin merapatkan jurang digital di antara komuniti luar bandar dengan komuniti di bandar di samping menyahut saranan Perdana Menteri mengenai konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberi manfaat dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada semua komuniti yang hadir berkenaan bidang ICT dan keusahawanan khususnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: