Program Digital ICT Dan Sambutan Hari Raya Bersama Pedi Dan Jabatan Penerangan Jeli
16 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei 2023, Isnin yang lalu sebuah Program Digital ICT dan Sambutan Hari Raya PEDi Batu Gajah & Lawang dengan kerjasama Jabatan Penerangan Jeli telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batu Gajah bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan adalah untuk menghayati bulan – bulan kebesaran Islam, menanamkan sifat pemaaf dan pemurah antara orang Islam, dan memberi peluang kepada semua tetamu yang hadir berkongsi kegembiraan dalam menyambut hari raya tanpa ada perbezaan antara miskin dan kaya.
Di dalam program ini, kami telah menjemput guru-guru, ibubapa serta murid-murid dari Tabika Perpaduan Lawang bagi mengisi slot taklimat KDB oleh PEDi dan juga Jabatan Penerangan Jeli. Puan Norsuliza, pegawai dari Jabatan Penerangan Jeli telah menyampaikan sedikit maklumat berkenaan “scammer”. Selain itu, PEDi juga telah menganjurkan kuiz KDB dan juga pertandingan mewarna menggunakan tablet untuk adik-adik Tabika Perpaduan Lawang, Tanah Merah. Seramai 30 orang peserta telah hadir pada hari tersebut dan sambutannya sangat menggalakkan dan meriah.Kesemua mereka yang hadir memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Program ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati bulan Syawaal.Selain itu semoga Aidilfitri yang diraikan ini membuka seribu ruang kemaafan sesama warga komuniti, staf PEDi serta staf Penerangan Jeli dan menjalinkan silaturrahim yang lebih utuh sebagai sebuah keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: