Kelas Pembentangan Digital
16 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2023, PEDi Batu Gajah telah bekerjasama dengan PEDi Kg Lawang dan Repek membuat perkongsian tentang pembentangan digital. Sesi ini berlangsung selama satu jam setengah dan memberi fokus kepada penggunaan digital sebagai alat bantu pembentangan secara atas talian. Sesi ini dimulakan dengan aplikasi Prezi,Genially, Canva dan Coogle. Prezi sesuai untuk digunakan bagi pembentangan rasmi organisasi atau syarikat.
Kakitangan PEDi juga telah menunjukkan cara-cara untuk menggunakan fitur yang terdapat pada paparan depan Prezi. Kemudian. kakitangan PEDi juga memperkenalkan Genially yang merupakan satu perisian yang sangat sinonim bagi tenaga pengajar hari ini yang selalu mengadakan kelas secara atas talian. Pada asasnya, Genially adalah platform yang ditujukan kepada pendidik untuk menciptakan pengalaman belajar interaktif yang dapat menarik menarik pelajar untuk belajar secara atas talian dengan lebih giat. Kakitangan PEDi juga memperkenalkan aplikasi Canva yang merupakan aplikasi pembentangan digital yang mempunyai kelebihan. Seterusnya,. juga memperkenalkan Coogle sebagai alat bantu pembentangan yang menarik untuk diterokai. Coogle merupakan medium pembentangan yang berbentuk peta minda. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua penonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: