Bicara KDB - Waspada Pautan Laman Web Berbahaya
12 April 2023 | Aktiviti TerkiniSelasa – 11 April 2023 - PEDi Batu Gajah telah bekerjasama bersama PEDi Repek, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian taklimat KDB yang bertajuk “Waspada Pautan Laman Web Berbahaya” yang bermula pada jam 2.15 petang hingga 3.15 petang. Perkongsian secara langsung di Streamyard di laman sosial FB PEDi Repek bagi mengupas tentang Pautan Laman Web palsu yang dikongsi oleh penjenayah siber bagi tujuan penipuan yang boleh menyebabkan mangsa kerugian. URL ataupun link iaitu sambungan laman merupakan destinasi dalam iklan/promosi yang membawa pengguna ke halaman tertentu dalam aplikasi.
Siaran langsung kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan link atau URL yang tidak selamat ini dan juga untuk berkongsi cara untuk menyemak laman web yang tidak selamat untuk dilayari. Akhir sekali, pihak PEDi telah berkongsi tips-tips atau langkah-langkah pencegahan secara lebih terperinci bagi mengelakkan orang ramai terus menjadi mangsa penjenayah siber diluar sana. Kami juga memberi penekanan untuk terus melaporkan kepada pihak yang berkenaan jika terjadinya penipuan secara atas talian ini dengan menyediakan maklumat-maklumat portal berkaitan dan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh orang awam bagi mencegah jenayah siber ini terus berleluasa.
Sehubungan dengan itu, pihak PEDi sedar akan keperluan untuk menyebar luas tentang perihal Kilik Dengan Bijak (KDB) kepada komuniti setempat agar mereka menjadi masyarakat yang lebih cakna akan isu-isu semasa yang semakin meruncing hari ini, Orang ramai juga dinasihatkan supaya melindungi maklumat peribadi mereka dan tidak memuat turun fail atau aplikasi telefon dari sumber-sumber yang tidak sah ke dalam peranti mudah alih, mereka juga dinasihati agar hanya melakukan sebarang urusan atau transaksi pemindahan wang atau pembayaran belian melalui aplikasi perkhidmatan jualan tersebut secara langsung dan bukannya melalui sistem pesanan ringkas atau WhatsApp dan sebagainya agar tidak menjadi mangsa jenayah siber ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: