KDB Bersama PEDi - Buli Siber
28 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2023, Sabtu - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batu Gajah dan PEDi Lawang telah bekerjasama dengan PEDi Repek dalam satu perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama PEDi secara atas talian di Facebook Kg Repek menerusi Stream Yard Live.Perkongsian mengambil masa lebih kurang 1 jam bermula jam 11 pagi sehingga jam12 Tengah hari. Perkongsian tersebut dikendalikan oleh Pengurus PEDi Kg Repek,Cik Aina dengan tajuk ‘Buli Siber’.Umum mengetahui jenayah “Buli Siber” pada masa kini makin berleluasa malah semakin sukar dibendung kerana beberapa faktor yang perlu masyarakat ambil cakna dari masa ke masa.Definisi “Buli Siber” adalah mesej,gambar,video atau pos yang dikongsi di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain.
Ia dihantar melalui e-mel,laman sembang(chat room),laman sesawang dan apa jua applikasi komunikasi dalam talian.Topik KDB pada kali ini sangat perlu diingatkan kepada setiap masyarakat memandangkan dunia tanpa sempadan dan dunia viral jenayah Buli Siber mudah berlaku tanpa kita sedar bahawa kita antara salah seorang mangsa buli siber yang menjadi perbualan lekeh atau penghinaan alam siber yang menjadi bualan ke serata media. Pihak PEDi juga menekankan kepada masyarakat agar mengenali sendiri pembuli siber.Antaranya,memulakan mesej yang menggangu dan mengancam atau berunsur ugutan,memuat atau berkongsi video atau imej yang memalukan mangsa,memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh dan banyak lagi di mana komuniti boleh melawati laman Facebook PEDi Batu Gajah untuk maklumat selanjutnya.Selain itu,pihak PEDi juga menekankan kepada masyarakat Bahasa pembuli yang harus kita kenali dan menyemak diri kita adakah kita juga sebenarnya antara yang menggunakan Bahasa pembuli.
Antaranya,Bahasa berunsur ugutan seperti’awak akan menyesal jika tidak ikut kemahuan saya’. Bahasa berunsur mesej biadap seperti ‘Dahlah bangang,bodoh pulok tu’. Bahasa berunsur melawak tak kena gaya,seperti ‘teruknya kulit kau macam kulit biawak’. Jadi,sebagai pencegahan masyarakat perlu mengelak dari berkongsi butiran peribadi di internet,megelak atau memanjang mesej yang kesat,mengabaikan mesej dari pembuli,memadamkan penggunaan akaun profile atau platform laman sosial yang ada unsur ugutan atau kecaman, dan masyarakat juga boleh melaporkan kepada mereka yang boleh dipercayai untuk Tindakan selanjutnya. Pihak PEDi berharap perkongsian KDB tersebut berkaitan Buli siber dapat memberi manfaat dan ingatan kepada masyarakat setempat agar kita bukan lah salah seorang dari mangsa buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: