Panduan Memulakan Perniagaan di Tik Tok
7 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 6 Januari 2023, PEDi Batu Gajah telah mengadakan sesi kelas panduan memulakan perniagaan di TikTok yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada usahawan untuk terus maju dalam perniagaan mereka dengan memasarkan produk di laman TikTok. Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk mengajar para usahawan berkaitan dengan teknik pemasaran produk menggunakan laman TikTok dan melahirkan usahawan yang menjadikan TikTok sebagai platform memasarkan produk. Antara pengisian sesi ini adalah menunjukkan cara untuk membuat live bagi tujuan mempromosi produk. Dalam sesi live ini, peniaga dapat memberi penerangan yang jelas dan tepat berkaitan kelebihan produk yang dijual.
Selain itu, kelebihan live juga, para penonton dapat bertanya secara terus sekiranya terdapat kemuskilan berkaitan produk. Aktiviti ini dapat menarik lebih ramai pelanggan dan dapat melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini yang mana semua usahawan digalakkan berniaga secara dalam talian seiring dengan perkembangan semasa teknologi maklumat.
Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: