Panduan Membuat Resume
7 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 6 April 2023, Selasa - PEDi Batu Gajah telah mengadakan kelas panduan membuat resume menggunakan Microsoft Word yang dikendalikan oleh staff PEDi Batu Gajah. Sesi ini berlangsung selama 1 jam dan sepanjang kelas tersebut ahli di ajar cara membuat resume yang baik dan terkini mengunakan Microsoft Word. Peserta didedahkan berkaitan cara membuat resume yang baik dengan berpandukan capaian internet dan Microsoft Word. Selain itu, peserta diminta untuk membuat terlebih dahulu resume menggunakan Microsoft Word dan mengikut panduan yang ditunjukkan.
Peserta juga diminta untuk mencari contoh resume terbaik dan terkini pada capaian internet dan perlu mengedit contoh resume tersebut dengan memasukkan maklumat sendiri menggunakan Microsoft Word. Diharapkan agar sesi ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan ilmu peserta berkaitan cara untuk membuat resume menggunakan word. Seterusnya, PEDi juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti sebagai tempat untuk pembelajaran dan tempat memulakan perniagaan secara online melalui kelas keusahawanan yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: