Kelas ICT – Kursus Asas Komputer Siri I (Microsoft Word)
2 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 1 Januari 2023 - PEDi Kg Batu Gajah telah mengadakan kelas ICT kepada komuniti Batu Gajah terutama pelajar-pelajar yang memerlukan pembelajaran asas ICT.Kelas ICT tersebut di bahagikan kepada tiga siri yang bermula pada 1 Januari sehingga 3 Januari 2023 yang dikelolakan oleh Pen.Pengurus PEDi Batu Gajah,En.Arif .Kelas ICT tersebut dihadiri oleh adik Nur Ezety Binti Mohd Kaman yang merupakan komuniti setempat Batu Gajah.
Kelas asas ict untuk Siri Satu,diteruskan dengan pembelajaran kelas komputer untuk Microsoft Word.Untuk kelas tersebut pihak PEDi meminta pelajar untuk membuat satu surat kiriman rasmi untuk permohonan cuti sakit dengan menggunakan format surat kiriman rasmi yang betul. Staff PEDi juga meminta pelajar agar menggunakan semua asas word yang ada untuk membuat surat rasmi seperti bagaimana membuat garisan,jarak antara baris,penggunaan saiz dan jenis tulisan yang betul dan lain-lain lagi.Tujuan utama pihak PEDi memberi tugasan sebegitu adalah untuk melihat kemampuan pelajar dalam penggunaan asas computer Microsoft Word .Setelah siap membuat tugasan pihak PEDi menyemak dan menyuruh pelajar menunjuk dan menerangkan semula cara dan fungsi-fungsi asas yang lain.
Sepanjang kelas komputer tersebut dapat dilihat minat dan keterujaan adik Ezety dalam menguasai kelas komputer yang mana dengan adanya kelas tersebut dan sijil yang akan diberi sedikit sebanyak dapat menyokong adik Ezety untuk memohon kerja seperti kerani pada masa akan datang.Sepanjang kelas jelas menunjukkan adik Ezety dapat mengusai asas komputer dengan cepat dan baik,namun pihak PEDi mahu adik Ezety untuk terus datang ke PEDi berdekatan agar pengusaan asas komputer akan terus cemerlang.
Pihak PEDi amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: