Sistem Pembelajaran PPKI vs Arus Perdana
26 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 25 Febuari 2023, PEDi Batu Gajah telah bekerjasama dengan PEDi Repek dan juga PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di StreamYard dan Facebook untuk memberi pendedahan berkaitan topik “Sistem Pembelajaran PPKI VS Arus Perdana”. Program perkongsian di serikan oleh tetamu jemputan, Puan Siti Suraida Sidik merupakan guru PPKI SK Sri Kiambang. Pihak PEDi memilih topik “Sistem Pembelajaran PPKI VS Arus Perdana” kerana ia menjadi topik semasa pada masa kini dalam memberi panduan kepada ibu bapa mengenali anak berkeperluan khas ini supaya ibu bapa cakna untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai kelas PPKI ini. Biasanya masyarakat tidak faham apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi atau PPKI.Sepanjang perkongsian tersebut,Cikgu Siti Suraida telah memberi keterangan sedikit sebanyak mengenai program PPKI kepada komuniti secara lansung.
PPKI merupakan sebuah program yang ditubuhkan dan ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid pendidikan khas atau murid-murid istimewa. Namun masih ramai yang tidak tahu siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)? Antaranya,1. Murid bermasalah penglihatan, 2. Murid bermasalah pendengaran, 3. Murid bermasalah pembelajaran.
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua, 1982).Antara Ciri-ciri murid berkeperluan khas yang dikongsi Cikgu Siti Suraida ialah; (Autisme, Epilepsi, Pintar Cerdas dan Berbakat, Lembam, Cerebral Palsy, Acalculia, Discalculia, Disgrafia, Sindrom Down, Disleksia). Jadi ibu bapa dinasihatkan sekiranya mempunyai anak-anak berkeperluan khas,jangan malu dan ambil ringan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai kelas PPKI ini. supaya mampu mendidik anak-anak menjadi insan sempurna dari segi pembelajaran dan juga kemahiran asas dalam hidup.
Oleh itu, staf PEDi berharap dengan segala perkongsian daripada cikgu PPKI SK Sri Kiambang ini memberi manfaat kepada seluruh komuniti agar cakna dengan program PPKI yang mempunyai banyak kelebihan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: