Program KDB Bersama Pustaka Desa & Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batu Gajah
15 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2023, Selasa - PEDi Lawang telah menjemput Pustaka Desa dan PDK Batu Gajah dengan usahasama PEDi Batu Gajah dan PEDi Kusial Bharu dalam satu sesi Program Klik Dengan Bijak(KDB) Bersama PEDi Kluster Tanah Merah. Pihak PEDi memilih tajuk Penyebaran Maklumat Palsu yang kini dilihat semakin berleluasa sehingga sukar untuk dibendung. Program dimulakan dengan pendaftran peserta.
Program yang berjalan selama 1 jam setengah ini terdiri daripada empat aktiviti iaitu Kuiz KDB, Teka Silang Kata (Wordsearch), Pertandingan Mewarna dan juga Pertandingan Kraftangan 3D. Acara bagi Pertandingan Kuiz KDB dan juga Teka Silang Kata dikelolakan oleh PEDi manakala acara mewarna dan kraf 3D dikekolakan oleh staf Pustaka Desa. Acara pada hari ini diwakili oleh 40 orang peserta. Peserta adalah terdiri daripada komuniti Batu Gajah, Lawang, ahli-ahli Pustaka Desa dan juga pelajar-pelajar PDK Batu Gajah.
Sebelum memulakan kuiz KDB,peserta atau komuniti diberi penerangan yang jelas berkaitan penyebaran maklumat palsu yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi Kusial Bharu,Encik Nik Ayub. Bagi pemahaman yang lebih jelas,penerangan beliau dibantu dengan video penyebaran maklumat palsu yang disediakan pihak PEDi. Tujuan utama Program tersebut adalah untuk memberi Pendidikan kepada komuniti berkaitan bahaya penyebaran maklumat palsu kepada individu atau masyarakat. Antaranya, memberi kesan kepada berlakunya kemurungan, stress, masalah kewangan, pelbagai fitnah dikongsi tanpa henti dan lain-lain. Masyarakat juga perlu sedar kesan penyebaran maklumat palsu juga boleh mengakibatkan kes bunuh diri apabila terlalu stress dengan tomahan dan bualan masyarakat.
Di akhir sesi,pihak PEDi menyampaikan hadiah kepada peserta dan pemenang sebagai tanda menghargai kedatangan dan Kerjasama dari komuniti.Pihak PEDi juga berharap masyarakat dan komuniti lebih berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu sebarang maklumat yang tidak tahu kesahihannya di Portal sebenarnya.my atau merujuk kepada Pihak PEDi berdekatan. Jika kita hanya berpeluk tubuh tanpa mengorak langkah masalah atau isu penyebaran maklumat palsu akan sentiasa tumbuh mekar dan terus merosakkan masyarakat dari pelbagai aspek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: