Program Bersama PEDi Kluster Tanah Merah, (PEDi Batu Gajah,Lawang dan Kusial Bharu) ICT - Word Search
15 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2023, Selasa - PEDi Batu Gajah telah bekerjasama dengan PEDi Lawang, PEDi Kusial Bharu dalam satu sesi Program Bersama PEDi kluster Tanah Merah.Program ICT komuniti Bersama PEDi dalam satu program ICT ‘Word Search’.Program dimulakan dengan pendaftran peserta yang dikelolakan oleh Rakan Digital PEDi Lawang,Pn.Shuhada Rakan Digital PEDi Batu Gajah,Pn.Farah.Pertandingan tersebut dijalankan di PEDi Batu Gajah.
Program yang berjalan selama 1 jam setengah dibahagikan kepada 2 sesi yang mana diwakili seramai 15 orang peserta bagi memudahkan pengurusan dan penelitian pihak PEDi.Peserta diwakili dari komuniti Batu Gajah dan komuniti Lawang.Peserta perlu mencari perkataan yang telah diberi dibalik huruf-huruf yang disediakan dan jawapan yang betul secara langsung akan digaris sehingga selesai.Pihak PEDi menyediakan segala kemudahan yang ada kepada peserta bagi memberi keselesaan peserta sepanjang program berlansung. Sesi program ICT dikendalikan oleh Pengurus PEDi Lawang,Pn.Amnina dan Pengurus PEDi Kusial Bharu,En.Nik Ayob.
Sebelum memulakan Program ICT,peserta atau komuniti diberi penerangan yang jelas berkaitan fungsi PEDi kepada komuniti setempat dalam memastikan komuniti sentiasa kedepan dalam kecanggihan teknologi masa kini yang sentiasa dinaik taraf. yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah,Cik Hanani.Sepanjang pencerahan tersebut,peserta juga diberi peluang bertanya berkaitan kemudahan PEDi untuk kegunaan komuniti setempat.Tujuan pendedahan tersebut adalah kerana,masih ada komuniti atau masyarakat yang masih belum tahu fungsi sebenar PEDi kepada masyarakat setempat.
Di akhir sesi,pihak PEDi menyampaikan hadiah kepada peserta dan pemenang sebagai tanda menghargai kedatangan dan Kerjasama dari komuniti.Pihak PEDi juga berharap masyarakat dan komuniti mengambil peluang yang disediakan di PEDi dalam memberi pengetahuan dalam ilmu ICT,keusahawanan,penampilan diri dan banyak lagi kemudahan dan kebaikkan yang tersedia di PEDi.Pesanan dari Pihak PEDi gunakan segala kebaikkan dan kemudahan yang disediakan untuk perkara yang lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: