Program Kuiz KDB-Penyebaran Maklumat Palsu bersama PEDi Kluster Tanah Merah, (PEDi Batu Gajah,Lawang dan Kusial Bharu)
15 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2023, Selasa - PEDi Batu Gajah telah bekerjasama dengan PEDi Lawang, PEDi Kusial Bharu dalam satu sesi Program Klik Dengan Bijak(KDB) Bersama PEDi kluster Tanah Merah.Pihak PEDi memilih tajuk Penyebaran Maklumat Palsu yang kini dilihat semakin berleluasa sehingga sukar untuk dibendung.Program dimulakan dengan pendaftran peserta yang dikelolankan oleh Rakan Digital PEDi Lawang,Pn.Shuhada Rakan Digital PEDi Batu Gajah,Pn.Farah.
Program yang berjalan selama 1 jam setengah dibahagikan kepada 2 sesi yang mana diwakili seramai 15 orang peserta bagi memudahkan pengurusan dan penelitian pihak PEDi.Peserta diwakili dari komuniti Batu Gajah dan komuniti Lawang.Peserta perlu menjawab 15 soalan berkaitan penyebaran maklumat palsu dan pemilihan pemenang mengikut kepantasan dan bilangan yang betul. Sesi kuiz KDB dikendalikan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah,Cik Hanani dan Pengurus PEDi Lawang,Pn.Amnina.
Sebelum memulakan kuiz KDB,peserta atau komuniti diberi penerangan yang jelas berkaitan penyebaran maklumat palsu yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi Kusial Bharu,En.Nik Ayob.Bagi pemahaman yang lebih jelas,penerangan En.Nik Ayob dibantu dengan video penyebaran maklumat palsu yang disediakan pihak PEDi.Tujuan utama Program tersebut adalah untuk memberi Pendidikan kepada komuniti berkaitan bahaya penyebaran maklumat palsu kepada individua tau masyarakat.Antaranya,memberi kesan kemurungan,stress,masalah kewangan,pelbagai fitnah dikongsi tanpa henti dan lain-lain.Masyarakat juga perlu sedar kesan penyebaran maklumat palsu juga boleh mengkibatkan kes bunuh diri apabila terlalu stress dengan tohmahan dan bualan masyarakat.
Di akhir sesi,pihak PEDi menyampaikan hadiah kepada peserta dan pemenang sebagai tanda menghargai kedatangan dan Kerjasama dari komuniti.Pihak PEDi juga berharap masyarakat dan komuniti lebih berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu sebarang maklumat yang tidak tahu kesahihannya di Portal sebenarnya.my atau merujuk kepada Pihak PEDi berdekatan. Jika kita hanya berpeluk tubuh tanpa mengorak Langkah masalah atau isu penyebaran maklumat palsu akan sentiasa tumbuh mekar dan terus merosakkan masyarakat dari pelbagai aspek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: