Streamyard Live Rumusan Klik Dengan Bijak Tahun 2021
26 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg Batu Gajah, Selasa – 25 Januari 2022 - PEDi Batu Gajah telah bekerjasama bersama PEDi Repek, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk membicarakan tentang Rumusan Klik Dengan Bijak (KDB) sepanjang tahun 2021 yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi Kg Repek. Pada sesi kali ini pihak PEDi merumuskan topik-topik yang telah dikupaskan sepanjang tahun 2021 di mana ia mengambil kira isu semasa pada tahun tersebut.
Antara isu yang menjadi bualan masyarakat dan pengguna internet seperti ejekan tubuh (body shaming), viral keperluan atau kehendak, berita palsu dan isu-isu kesedaran dalam pengunaan intenert seperti pembelian dalam talian, isu keselamatan antaranya terlebih berkongsi serta risiko permainan dalam talian. Pihak PEDi akan sentiasa menyelitkan slot KDB atau Klik Dengan Bijak bagi memberi kesedaran kepada pengguna tentang keselamatan semasa menggunkan internet dan sentiasa berwaspada serta berhemah dalam menggunakan internet yang tiada sempadan. Masyarakat juga seharusnya memanfaatkan teknologi secara bijak dan mengelakkan dari menjadi salah seorang pengguna yang menyebarkan berita palsu dan tidak menjadi individu yang mencetuskan permusuhan alam siber.
Umum mengetahui kita sememangnya tidak mahu ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat tetapi haruslah berwaspada jangan sudahnya mengundang padah. Perkongsian dari pihak PEDi juga menekankan isu kelekaan menggunakan teknologi akan mendorong masyarakat untuk tidak lagi bergantung kepada komunikasi alam nyata, sekaligus memberi kesan buruk terhadap hubungan antara individu terutama sesama anggota keluarga. Justeru itu kita perlu membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul. Akhir sekali pihak PEDi menitip pesanan jadilah seorang pengguna internet yang berhemah sentiasa semak sebelum sebar. Sentiasa berkongsi berita yang bermanfaat untuk kebaikan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: