Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022
7 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 dan 6 Julai 2022, PEDi Kg Batu Gajah telah menyertai program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Kelantan tahun 2022 yang bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu. Program yang diadakan selama 2 hari ni melibatkan semua kakitangan PEDi Negeri Kelantan. Program ini dijalankan secara fizikal dan atas talian melalui aplikasi zoom bagi kakitangan yang tidak terlibat secara fizikal. Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan teknologi perniagaan digital dan juga taklimat berkaitan dengan KPI baru PEDi. Selain itu, Pihak MCMC juga telah menjemput usahawan dan content creator di Negeri Kelantan yang telah berjaya menguasai media sosial untuk memasarkan perniagaan mereka sehingga berjaya mendapat anugerah.
Selain itu,objektif lain adalah bagi memantapkan semangat keusahawanan dalam diri setiap staf PEDi agar lebih yakin dan bersemangat membantu usahawana desa menjadi usahawan digital yang berjaya.Perkongsian usahawan berjaya seperti ‘Abe Mat ngepek’ yang terkenal turut menjadi inspirasi kepada staf PEDi dalam memberi idea terkini kepada usahawan digital untuk lebih kreatif dalam memasarkan produk dan idea-idea semasa kepada content creator masa kini.Sepanjang program staf PEDi diberi peluang menanyakan soalan berkaitan keusahawan kepada para jemputan. Akhir sekali,pihak PEDi sentiasa berusaha memantap dan menambah ilmu baru kepada komuniti agar mampu memberi yang terbaik terutama sekali berkaitan Keusahawanan kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: