Kelas ICT (MS Word)Membuat Pelekat Nama Bersama PEDi
28 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg.Batu Gajah telah menyertai satu kelas ICT secara online di paltform Stream Yard Live PEDi Lawang.Sesi perkongsian ICT pada kali ini turut disertai oleh PEDi Repek dan PEDi Kg Karangan yang dikelolai oleh Pengurus PEDi Lawang Pn.Amnina.Perkongsian tersebut berlansung selama 1 jam secara atas talian di Facebook Page PEDi Lawang. Perkongsian tersebut bertujuan mengajar masyarakat ilmu asas ICT dalam membuat pelekat nama hanya menggunakan Microsoft Word.Pihak PEDi Lawang menunjukkan cara-cara membuat label tersebut dengan beberapa fungsi pada Microsoft Word mengikut ukuran saiz pada pelekat nama.
Antaranya menggunakan fungsi ‘Mailing’ untuk membuat jadual bagi mengisi nama di ruang kotak yang telah dipilih kesesuaian saiz dari kolum atas dan bawah.Selain itu pihak PEDi juga menunjukkan cara menukar warna pada latar belakang kad nama bagi memperlihatkan kad nama lebih menarik dan cantik.Fungsi pada ‘Shape’ atau bentuk pada fungsi Microsoft Word digunakan untuk membuat hasil kreativiti lain seperti bentuk awan,bentuk emoji dan lain-lain bagi memperlihatkan kreativiti pengguna. Sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang penggunaan ICT pada masa sekarang yang sememangnya amat memerlukan kemahiran dan kreativiti dalam menggunakan internet. Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang menonton. Sesi bual bicara tersebut turut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB Live
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: