Kuliah Hari Raya Aidiladha
9 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 8 Julai 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi live berkaitan Kuliah Hari Raya Aidiladha. Sesi ini diadakan dengan kerjasama bersama PEDi Karangan, Manek Urai dan Chucuh Puteri. Pihak PEDi telah menjemput Ustaz Wan Ahmad B Wan Saleh sebagai jemputan untuk menyampaikan kuliah berkenaan. Secara umumnya, Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Selain itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. Ekoran dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang korban untuk diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Pada hari raya korban ini juga, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada semua komuniti untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan ibadah qurban semasa Hari Raya Aidiladha.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: