Bicara KDB - Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya
21 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniAhad – 20 Mac 2022 - PEDi Batu Gajah telah menyertai satu perkongsian live di Facebook dengan kerjasama bersama PEDi Batu Repek, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang bagi mengupas slot Klik Dengan Bijak dengan topik “Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya” menggunakan aplikasi StreamYard live menerusi facebook PEDi Repek.Perkongsian kali ini dikelolakan oleh PEDi Repek iaitu Pn.Norbaya. Pihak PEDi memilih topik tersebut kerana ia menjadi topik semasa pada masa kini ekoran terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan peribahasa ini telah menjadi viral sejak akhir-akhir ini. Kecanggihan teknologi zaman moden kini diibarat tangan yang menaip kadang-kadang lebih laju dari mulut yang menutur.
Perkembangan pesat dunia teknologi membuatkan individu-individu ini sering mengejar populariti tanpa memikirkan kesan-kesan yang mereka terpaksa hadapi bila terlajak kata ataupun terlajak perbuatan. Sesuai dengan peribahasa melayu, Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya yang membawa maksud berhati-hati apabila berkata-kata ataupun menyatakan sesuatu kerana kata-kata diucapkan tidak boleh ditarik balik dan akan memberi kesan yang mendalam ataupun melukakan hati orang lain. Perkongsian pada kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti agar boleh berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata, perbuatan atau berkongsi sesuatu perkara kerana ia mungkin boleh mengguriskan perasaan orang lain dan seterusnya akan memberi banyak lagi kesan negatif kepada pelaku dan mangsa.
Pengguna media sosial perlu sedar dan sentiasa mengambil langkah berhati-hati semasa menggunakan media sosial kerana apa yang dikongsi dalam talian, akan kekal dalam talian meskipun telah dipadam, dengan satu klik sahaja ia boleh tersebar dan seterusnya akan merosakkan imej serta reputasi dan boleh memudaratkan diri sendiri. Pada siaran kali ini pihak PEDi menyeru kepada pengguna alam siber supaya berhati-hati apabila menuturkan sesuatu agar tidak menyinggung perasaan sesiapa tanpa disedari. Sebelum berbuat sesuatu pastikan berfikir dahulu kesan dan akibatnya, kerana sememangnya satu kesilapan boleh menghapuskan seribu kebaikan dan meminta maaf memang mudah, memberi maaf mudah. Namun dalam dunia teknologi kini, apa yang telah dimuat naik di media sosial tidak mudah dipadam dan akan kekal dalam ingatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: