Panduan Keselamatan Kebakaran & Banjir Bersama JBPM Kuala Krai
23 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg.Batu Gajah telah menyertai satu sesi perkongsian temubual PEDi bersama Encik Mohd Razani Bin Mamat, Pegawai Bomba Kanan 2, Pegawai Operasi Pasukan B, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Kelantan bertajuk Panduan Keselamatan Kebakaran dan Banjir. Perkongsian tersebut diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio yang dihoskan oleh Pengurus PEDi Kg Karangan iaitu Pn. Aisha yang turut mendapat kerjasama daripada PEDi Repek, PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang. Sesi Live ini bersiaran pada pukul 10.40 pagi di platform media sosial iaitu Facebook PEDi Kg Karangan.
Sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang tindakan yang perlu diambil jika terjadi sesuatu kebakaran ataupun banjir samada di rumah ataupun mana-mana lokasi yang berkaitan. Selain itu, pihak bomba juga memberikan tip dan kaedah yang wajar diambil untuk mengelakkan sebarang kebakaran daripada berlaku, seperti membeli alat pemadaman api untuk setiap rumah, memasang alat pengesan haba serta membuat semakan berkala keatas setiap peralatan dan wayar elektrik di setiap rumah ataupun bangunan kediaman masing-masing.Sepanjang sesi tersebut Encik Razani banyak menekankan kepada pendengar agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mendengar arahan pihak berwajib sekiranya berada dalam situasi banjir atau kebakaran agar dapat mengelak hal yang lebih buruk berlaku sebelum mendapat bantuan penuh pihak berwajib.
Antaranya,segera berpindah bila diarah sewaktu banjir dan setiap rumah perlu menyediakan pemadam api atau menutup semua suis sekiranya meninggalkan rumah lebih dari 3hari. Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang menonton. Sesi bual bicara tersebut turut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB Live
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: