Design Talk: Panduan Memulakan Perniagaan di Shopee
7 Febuari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 6 Febuari 2022, PEDi Batu Gajah telah mengadakan sesi kelas panduan memulakan perniagaan di Shopee yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada usahawan untuk terus maju dalam perniagaan mereka dengan memasarkan produk di laman Shopee. Selain itu, kelas online juga untuk mengajar para usahawan berkaitan dengan pemasaran produk menggunakan laman shopee dan melahirkan usahawan yang menjadikan Shopee sebagai platform memasarkan produk. Antara Kelebihan aktiviti adalah dapat melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini yang mana semua usahawan digalakkan berniaga secara dalam talian memandangkan Malaysia sekarang ini dilanda Covid-19. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: