Jom Borak Bersama PTPTN
9 April | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi live berkaitan Skim Simpanan SSPN bersama Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) cawangan Kuala Krai. Sesi ini telah disampaikan oleh Tuan Che Azman B Che Zan yang merupakan Pengurus PTPTN cawangan Kuala Krai. Sesi kali ini telah menfokuskan kepada skim simpanan yang diperkenalkan oleh PTPTN iaitu SSPN Plus dengan SSPN Prime. Skim SSPN Plus yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Bank Hong Leong, MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas. Semua ini berfungsi sebagai Syarikat pengendali takaful bagi produk simpanan yang diperkenalkan oleh PTPTN. Ia menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia. Manakala, skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian. Selain itu, terdapat pelbagai lagi manfaat lain yang dinikmati oleh kedua-dua pelanggan skim simpanan tersebut. Pihak PTPTN juga turut menyediakan pelabagai inisiatif samada secara online dan perkhidmatan kaunter bagi masyarakat yang ingin membuat pendaftaran kedua-dua skim simpanan tersebut. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi maklumat tambahan kepada komuniti yang ingin menabung sebagai persediaan untuk pengajian anak-anak di peringkat yang lebih tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: