Webinar Girls in ICT
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi webinar berkaitan Girls in ICT. Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 2 hingga 4 petang. Dalam sesi ini, pihak penganjur telah menjemput beberapa tetamu jemputan seperti Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pegawai suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan beberapa tetamu lain untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan idea dalam meningkatkan kemampuan ict dalam kalangan wanita. Secara umumnya, Girls in ICT merupakan pergerakan global yang menggalakkan gadis dan wanita muda untuk mengikuti pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik (STEAM), memberi inspirasi kepada kerjaya STEAM, termasuk laluan kerjaya, pencapaian dan kemajuan kerjaya serta melibatkan komuniti. Di samping itu, ia juga menekankan kepada keperluan untuk mempromosikan peluang kerjaya teknologi untuk gadis dan wanita dalam sektor yang paling pesat berkembang di dunia. Selain itu, Girls in ICT juga mengingatkan kita bahawa peranan ICT untuk membantu meningkatkan kehidupan orang ramai seperti melalui penjagaan kesihatan yang lebih baik, pengurusan alam sekitar yang lebih baik, komunikasi yang lebih baik dan sistem pendidikan yang lebih baik. Diharapakan agar sesi webinar ioni dapat memberi manfaat kepada semua penonton terumanatanya golongan wanita dalam usaha untuk mengingkatkan kemahiran ICT selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: