Bicara KDB Live- Trend Terkini; Cedok-Cedok, Wajarkah Menjadi Ikutan?
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2022 – PEDi Batu Gajah telah bekerjasama dengan PEDi Repek, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang Klik Dengan Bijak dengan topik “Trend Terkini; Cedok-Cedok, Wajarkah Menjadi Ikutan?” yang menggunakan aplikasi StreamYard live di Facebook Pusat Ekonomi Digital Kg. Repek. Pihak PEDi memilih topik ini kerana ia menjadi topik semasa pada masa ini, trend ‘cedok-cedok’ telah jadi ikutan ramai, Kaedah penjualan secara ‘cedok-cedok’ dilihat menjadi ikutan para peniaga terutama semasa mereka mempromosikan barangan secara rakaman siaran langsung di media sosial (live). Trend tersebut banyak di lihat di platform Tik tok yang menjadi tren hangat masa kini.
Pada siaran kali ini pihak PEDi menerangkan risiko urusan jual beli ini kepada penjual dan pembeli, di mana penjualan secara cedok-cedok ini bersifat haram kerana ia adalah sama dengan jual beli mulamasah yang bermaksud barangan yang tidak dapat dilihat secara terperinci dan tidak boleh membuat pilihan ke atas barangan tersebut, maka ia dikira jual, yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar yang bermaksud dimana pembeli tidak pasti barang apa yang akan mereka perolehi, bermain dengan nasib sehingga mewujubkan penipuan dan kerugian dalam urusan jual beli tersebut, hal ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi oleh pembeli tersebut serta boleh merisikokan pembeli serta boleh menyebabkan kerugian kepada pembeli tersebut.
Pada siaran kali ini pihak PEDi menyeru kepada penjual atau pembeli agar mereka lebih berhati-hati dengan trend cedok-cedok ini kerana ia adalah bersifat haram dan adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes. Pihak PEDi menyeru kepada semua penonton supaya menjadi pengguna yang bijak dan sentiasa berwaspada dengan kecanggihan teknologi dengan menjadi pengguna yang tidak terlalu taksub dengan ‘trend’ semasa seperti Cedok-cedok serta trend-trend yang lain yang boleh membawa kita kepada isu halal haram di sisi Islam. Semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: