Usahawan PEDi-Perkongsian Kerjaya Insuran
18 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Disember 2022 - PEDi Kg Batu Gajah telah mengadakan kelas Usahawan PEDi bagi mempelajari dan mendapat sedikit pandangan dari Pihak PEDi dalam membantu usahawan desa PEDi Batu Gajah.Kelas perkongsian usahawan dikelolakan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah,Cik Hanani yang dihadiri oleh Pn NurLia atau lebih dikenali dengan panggilan Lia Zurich.
Kelas ini dimulakan dengan perkongsian dari Pn.Lia kepada Staf PEDi berkaitan apa itu Insuran?,apa yang Zurich dapat berikan kepada pemohon atau klien.Dari perkongsian tersebut Pn.Lia menjelaskan dengan jelas kelebihan yang klien akan dapat dan kenapa perlu ada nya insuran paling kurang insuran yang paling kecil perlindungan.Tujuan utama pihak PEDi mengadakan perkongsian usahawan PEDi,berkaitan kerjaya insuran kerana masih ramai komuniti setempat PEDi Batu Gajah yang tidak memahami kerjaya insuran tersebut sebagai salah satu kerjaya yang perlu diceburi dan antara kerjaya yang memberi masa hadapan yang cerah.Apa yang turut menarik pihak PEDi juga adalah tawaran dari Zurich sangat murah dan berbaloi hanya dengan RM200 klien sudah diberi perlindungan penuh dari kemalangan,penyakit,kematian sehingga RM100 ribu lebih dan banyak lagi perlindungan dan simpanan lain yang menarik.
Dalam perkongsian tersebut juga,pihak PEDi turut memberi beberapa tips kepada usahawan dalam meningkatkan keyakinan komuniti agar mengambil perlindungan walaupun sekecil-kecil perlindungan untuk masa akan dating atau masa memerlukan yang tak dijangka.Selain itu,Pihak PEDi juga membuat sedikit ‘Post Morterm’ sepanjang perjalanan kerjaya Pn.Lia dalam bidang insuran agar lebih cemerlang dan dapat membantu lebih banyak komuniti untuk masa-masa buruk yang tak dijangka.
Pihak PEDi amat mengalu-alukan para usahawan PEDi untuk mengambil peluang mempelajari dan berkongsi sebarang perniagaan komuniti agar pihak PEDi dapat membantu mana yang boleh agar lebih cemerlang dan yakin dari masa ke masa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: