Kelas Tik Tok Bersama PEDi - Cara Masukkan Gambar dan Affiliate Di Tik Tok Menggunakan Tik Tok Seller Center
24 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2022 –PEDi Batu Gajah dengan kerjasama dengan PEDi Lawang, PEDi Karangan dan PEDi Repek telah menyertai sesi Live Keusahawanan yang dikelokan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah iaitu Cik Hanani. Sesi live pada kali ini adalah berkenaan cara untuk memasukkan produk jualan di Tik Tok dengan menggunakan website Tik Tok Seller Center dan membuat affiliate di aplikasi Tik Tok.
Setelah melengkapkan maklumat profil yang dikehendaki, peniaga bolehlah memasukkan gambar produk yang ingin dijual. Gambar produk merupakan perkaraa paling penting bagi peniaga atas talian kerana pembeli akan membeli barang jualan peniaga melalui produk yang dimuat naik. Oleh itu, pemilihan gambar yang cantik dan jelas sangat penting untuk menarik perhatian dan minat bakal pembeli. Pihak PEDi menggalakkan juga komuniti setempat agar mencuba berniaga di affiliate sebagai pendapatan tambahan. Affiliate Marketing adalah satu sistem pemasaran yang dibayar dengan komisen. Affiliate boleh di samakan juga dengan perniagaan secara ‘Dropship’. Peniaga hanya perlu mempromosikan produk ataupun link produk daripada perniagaan syarikat atau individu lain dengan kebenarana pemilik untuk menarik pembeli. Kebiasaannya peniaga mempromosikan dengan membuat editan video dan meletakkan link kedai syarikat dipilih.Jika pembeli membeli produk berkenaan melalui iklan yang dikongsi, peniaga tersebut akan mendapat komisen seperti yang telah dipersetujui.
Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/pedibatugajah/videos/1220648825144458
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: