Panduan Membuat Google Form & Kod Generator
23 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 September 2022, PEDi Batu Gajah telah mengadakan sesi live berkaitan cara membuat Google Forms. Ianya adalah salah satu aplikasi yang dalam Google Drive. Google Forms adalah borang secara maya yang membolehkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari responden yang telah ditetapkan. Kelebihan Google Form adalah lebih mudah, jimat dan mesra alam. Hal ini kerana kita tidak lagi perlu mencetak borang dan mengedarkan secara manual. Dengan menggunakan Google Form, kita hanya perlu membuat borang secara online dan meminta responden untuk memberi maklumat secara online. Hal ini juga dapat memudahkan untuk urusan mengumpul data untuk membuat kajian. Contohnya apabila kita ingin mendapatkan maklumat berkenaan dengan maklumat peribadi responden. Kita boleh membuat borang menggunakan Google Forms dan disebarkan secara online. Aplikasi Google Forms berfungsi bagi memberi kelebihan dalam mengurus data serta berinteraksi dengan pengguna. Diharapkan agar perkongsian ini dapatmemberi manfaat kepada semua komuniti yang ingin menggunakan Google Form.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: