Klik Dengan Bijak – Bolehkan Anda Hidup Tanpa Telefon Pintar?
26 April | Aktiviti Terkini25 April 2022 – Pusat Ekonomi Digital Kg Batu Gajah telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik Dengan Bijak bersama PEDi Karangan, PEDi Kg.Repek dan PEDi Lawang secara live di Streamyard Live di platform Facebook Pusat Ekonomi Digital Kg Batu Gajah.Perkongsian pada kali ini dikendalikan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah untuk topik KDB(Bolehkah Anda Hidup Tanpa Telefon Pintar?).
Perkongsian pada kali ini bertujuan untuk berkongsi kepentingan telefon pintar pada masa kini kepada masyarakat di era Globalisasi.Pihak PEDi menekankan antara kepentingan telefon pintar adalah untuk melayari internet,sebagai pusat multimedia untuk setiap carian maklumat,menonton filem atau cerita,membuat tugasan dan lain-lain menggantikan computer di rumah.Menjadikan telefon pintar sebagai alat untuk membantu para usahawan dalam memajukan perniagaan mereka melalui kemudahan yang tersedia pada telefon pintar.Selain itu,telefon pintar juga menjadi kepentingan kepada masyarakat sebagai pembelian atas talian,pembelajaran secara atas talian dan komunikasi secara atas talian seperti applikasi ‘whatsupp,Instagram,facebook,tiktok” dan lain-lain applikasi berkaitan.
Walaubagaimana pun,Pihak PEDi turut mengingatkan kepada komuniti dan pendengar agar berpada-pada menggunakan telefon walaupun ia penting.Pihak PEDi turut menekankan pendengar dan komuniti agar menjadi pengguna bijak dengan memiliki telefon pintar mengikut kemampuan,keperluan,dan jangan mengikut trend sehingga memberi kesan negatif.Antaranya,kes pasangan kekasih bertengkar hanya kerana teman lelakinya membeli android dan bukan iphone seperti yang diingini.Hal ini jelas menunjukkan nilai tidak baik dalam memenuhi keinginan tanpa melihat pada kemampuan.
Pihak PEDi berharap,perkongsian pada kali dapat memberi kesedaran dan ingatan berpanjangan kepada komuniti,pendengar dan pihak PEDi sendiri agar sentiasa menjadi pengguna yang bijak dalam semua perkara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: