Sesi Pertemuan PEDi Jeli Bersama Dato Sri Mustapha Mohamed
25 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Febuari 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi pertemuan dengan Dato Sri Mustapha Mohamed secara Google Meet. Sesi ini telah disertai oleh 11 buah PEDi, sebuah PKD yang berada di bawah parlimen Jeli, pejabat parlimen Jeli dan wakil dari Unit Perancang Ekonomi (EPU). Pertemuan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Sesi ini bertujuan untuk mengetahui keadaan terkini di semua PEDi daerah Jeli dan sebagai perancangan untuk Program Sembang Digital Usahawan Jeli Bersama Dato Pa yang akan berlangsung pada 5 Mac 2022. Program ini merupakan inisiatif untuk meningkatkan kemahiran usahawan dalam bidang digital. Selain itu, program ini juga melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak lain seperti Microsoft, syarikat telekomunikasi dan lain-lain. Diharapkan agar program ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan kemahiran digital bagi meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: