KDB - Penyebaran Maklumat Palsu
22 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 November 2022 satu sesi perkongsian Slot Klik Dengan Bijak atau KDB telah berlansung di Stream Yard Live FB PEDi Lawang.Definisi berita palsu merupakan sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial dalam talian. Berita palsu disiarkan dengan niat untuk mengaburi mata ramai untuk mengaibkan pihak tertentu demi kepentingan kewangan atau politik sendiri, selalunya menggunakan tajuk berita yang sensasi, tidak jujur atau direka semata-mata untuk menggalakkan pembacaan, perkongsian dalam talian, dan pendapatan klik Internet yang mana ia adalah serupa dengan tajuk berita "clickbait" dan bergantung pada pendapatan iklan yang dijana daripada kegiatan ini tanpa mengira kebenaran cerita yang disiarkan. Berita palsu yang sengaja mengaburi mata dan menipu adalah berbea daripada satira atau parodi terang-terangan yang cuma bertujuan untuk mencuit hati penonton.
Sehubungan itu, kami di PEDi mengambil tajuk PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU pada kali ini bagi mengisi slot KDB. Sesi ini berlangsung selama satu (1) jam secara atas talian pada 21 November 2022 dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. Sesi pada petang ini telah dihoskan oleh staf PEDi Lawang dan turut disertai oleh staf dari PEDi Batu Gajah, PEDi Karangan dan juga PEDi Repek. Antara intipati yang dibincangkan pada slot kali ini adalah pengenalan kepada maklumat palsu, kenapa maklumat palsu dicetuskan, apakah ciri-ciri yang ada pada maklumat palsu, kesan-kesan terhadap keselamatan, ekonomi dan politik.
Berita palsu makin relevan dalam politik pasca kebenaran. Dengan perluasan teknologi, makin perlunya tontonan dan bagi penggiat media, kebolehan menarik penonton kepada laman web mereka adalah perlu untuk memuaskan pengiklan. Jika menerbitkan cerita dengan kandungan palsu akan menyebabkan kapsyen besar dan menarik pembaca, maka berbaloilah berbuat demikian demi manfaat pengiklan dan rating. Akses mudah kepada pendapatan iklan atas talian, meningkatnya polarisasi politik dan populariti media sosial terutamanya Facebook News Feed, semuanya terbabit dalam penyebaran berita palsu yang timbul untuk menyaingi berita sah. Ahli politik turut terbabit dalam menjana dan menyebarkan berita palsu, khususnya sewaktu pilihan raya.
Pihak PEDi juga turut membincangkan cara mengatasi dan mengenalpasti maklumat palsu serta kesimpulan terhadap isu yang dikupas. Antaranya adalah pertimbangkan sumber untuk memahami misi dan tujuannya. Baca melewati tajuk berita untuk memahami seluruh cerita. Periksa penulisnya untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Nilai sumber-sumber menyokong untuk memastikan dakwaan disokong. Lihat tarikh siaran sama ada cerita itu relevan dan terbaharu. Tanya sama ada itu gurauan atau ditujukan sebagai iklan semata-mata. Cermin pendirian diri sama ada ia mempengaruhi pertimbangan anda dan terakhir, tanya pakar-pakar untuk pengesahan daripada sumber pengetahuan berkecuali.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: