ICT Bersama PEDi- Cara - Cara Membuat ID Card Menggunakan Ms Word
22 Mei | Aktiviti Terkini21 Mei 2022 – Pusat Ekonomi Digital Kg Batu Gajah telah mengadakan satu sesi perkongsian kelas ICT Bersama PEDi melalui Streamyard Live di facebook page PEDi Batu Gajah.Perkongsian pada pagi tersebut turut disertai oleh PEDi Lawang,Repek dan Karangan.Kelas Online ICT yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah Cik Hanani adalah cara-cara membuat id card atau kad pengenalan diri hanya menggunakan Microsoft Word.
Sebelum memmulakan sesi pembelajaran kelas online pihak PEDi menjelaskan kegunaan id card dalam urusan kerja dan pembelajaran.Fungsi kad pengenalan diri ini penting bagi membezakan sesuatu jawatan dan manjadikan seseorang individu lebih yakin dan professional dalam menjalankan tugas.Sebagai contoh,membezakan kad pelajar dan guru yang menjadi panitia atau fasilitator untuk sesuatu program kem motivasi,untuk usahawan yang membuka booth terlihat lebih professional dan lebih kemas dengan adanya id card.Selain itu,dapat membantu seseorang individu yang ditimpa musibah seperti kemalangan dapat memudahkan urusan dengan memaklumkan kepada ahli keluarga atau pihak berkenaan denga nada maklumat pada id card pekerja.
Pihak PEDi menunjukkan satu persatu cara membuat id card dengan hanya menggunakan asas ms word seperti butan “shapes”,”Layout”,”Insert”,”WordArt” dan lain-lain.Selain itu pihak PEDi memberikan panduan untuk saiz id card yang sesuai dengan “Casing card” supaya penonton tidak perlu risau akan terlebih atau kurang saiz pada “casing card” tersebut.Melalui tunjuk ajar yang mudah difahami para penonton boleh mengolah dengan lebih kreatif agar hasilnya sama seperti menggunakan applikasi canggih masa kini.Pihak PEDi juga turut memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan “shapes” dengan lebih mudah tanpa perlu membuat satu persatu kotak yang diperlukan untuk menyiapkan sekeping id card.
Pihak PEDi berharap,perkongsian pada kali dapat memberi ilmu bermanfaat kepada komuniti dan pendengar.Pihak PEDi sentiasa berusaha memberi ilmu ICT dari masa ke masa kepada komuniti agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: