Jemputan Sambutan Aidilfitri Bersama KRT Lawang
22 Mei | Aktiviti TerkiniHari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Sempena meraikannya, KRT Lawang bersama dengan D’Yas Group dan OKK telah menjemput PEDi Kampung Batu Gajah, PEDi Lawang serta seluruh warga komuniti sekitar Lawang untuk menyertai majlis jamuan Hari Raya ini yang telah berlangsung pada 21 Mei 2022 bersamaan 20 Syawal 1443H. Majlis ini bermula jam 11.30 pagi dan dianggarkan tamat sekitar jam 3.30 petang.
Sekitar jam 1.30 petang sahaja, dianggarkan kira-kira 900 orang penduduk sekitar telah hadir sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya anjuran KRT Lawang bersama dengan D’Yas Group dan OKK 2022. Pelbagai juadah makanan telah disediakan oleh pihak penganjur seperti Nasi Khoumok, Rendang dimakan bersama ketupat dan lemang, Mee Kari, Aneka jenis Colek Buah, Aiskrim, Kambing Golek dan menu istimewa Rusa Panggang. Kesemua juadah ini telah disiapkan oleh anggota Pranita KRT Lawang. Turut diadakan cabutan bertuah untuk para pengunjung yang hadir, kuiz dan aktiviti nyanyian karaoke lagu raya sepanjang majlis berlangsung.
Pihak PEDi Batu Gajah dan Lawang sangat berbesar hati menerima sambutan tersebut dan berharap uhkwah pihak PEDi dengan komuniti sentiasa terjalin mesra dan harmoni.Pihak PEDi sentiasa mengalukan kedatangan komuniti ke PEDi dalam setiap urusan IT dan kemudahan lain seperti pembayaran pelbagai bil,’transfer’ duit dan lain-lain untuk komuniti kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: