Kelas ICT - Resume dan Persediaan Temuduga SPA
16 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 & 15 November 2022 - PEDi Kg Batu Gajah telah mengadakan kelas ICT kepada komuniti Batu Gajah terutama pelajar-pelajar yang memerlukan pembelajaran asas ICT.Kelas ICT membuat resume dan persediaan menghadapi temuduga SPA dikelolakan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah,Cik Hanani.Kelas ICT tersebut dihadiri oleh adik Yusmira Natasha Binti Razali yang merupakan pelajar Tingkatan Enam. Sek Men.Tan Sri Mohammed Yaakub Batu Gajah.
Kelas ini dimulakan dengan perkongsian membuat resume yang boleh dimuat turun tanpa perlu membuat pembayaran. Kemudian Cik Hanani menerangkan cara untuk mengedit tulisan, saiz tulisan yang sesuai digunakan untuk resume, cara menukar jarak tulisan dan perkara yang perlu ada dalam sesebuah resume. Kelas tersebut diadakan di PEDi Batu Gajah bagi memudahkan pembelajaran dengan segala kemudahan yang tersedia ada.Pada hari Selasa 15 November Pengurus PEDi Batu Gajah mengajar untuk kelas ICT persediaan menghadapi temuduga. Perkongsian tersebut juga adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri bagaimana tips meminta pekerjaan bersama panel penemuduga. Adik Yusmira telah mendapat panggilan temu duga pengambilan latihan separa perubatan bertaraf diploma bagi sesi januari 2023 (semenanjung) di kementerian kesihatan Malaysia pada 16 November 2022 dan sangat teruja dengan ilmu-ilmu yang diperolehi di PEDi Batu Gajah.
Pihak PEDi amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: