Modul & Latihan Usahawan Digital
19 Mei | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi webinar berkaitan Modul dan Latihan Usahawan Digital. Sesi ini diadakan secara atas talian bermula jam 9.30 hingga jam 12.00 Tengahari. Dalam sesi ini, pelbgai agensi berkaitan kusahawanan telah terlibat seperti peDas, Warongku dan e-Rezeki. Program ini membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform secara atas talian. Selain itu, aplikasi ini berhubung dengan Penyedia Perkhidmatan berdekatan dan dapatkan perkhidmatan yang cepat. Agensi yang terlibat telah membuat taklimat dan panduan kepada beberapa PEDi terpilih untuk dijadikan sebagai pusat usahawan. Antara PEDi terpilih untuk negeri Kelantan adalah PEDi Ayer Lanas, Jeli dan PEDi Chengal, Ketereh. PEDi terpilih perlu membuat skop tugasan sebagai persediaan untuk berfungsi sebagai pusat usahawan. Diharapkan sesi webinar ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi menjadi usahawan digital selaras dengan perkembangan teknologi promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: