Kelas TikTok Bersama PEDi-Cara Buka Kedai Di TikTok (TikTok Seller Center)
15 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2022 – PEDi Batu Gajah telah bekerjasama dengan PEDi Lawang, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Repek dalam satu sesi kelas usahawan Online yang dikelolakan oleh Penolong Pengurus PEDi Lawang Pn.Ainun Rahmah.Dalam sesi kelas tersebut Pn.Ainun berkongsi cara membuka kedai di tik tok atau dikenali juga sebagai tik tok seller center.
Umum mengetahui bahawa platform tik tok masa kini menjadi platform utama di mana pengguna lebih ramai beralih kepada tik tok berbanding dengan platform lain.Applikasi tik tok memberi peluang kepada pengguna untuk menonjolkan bakat dengan berkarya mengikut kemahiran dan kebolehan tersendiri selain mampu menjana pendapatan sekiranya ramai yang menyukai konten yang kita hasilkan setelah kita mencapai pengikut sehingga seribu keatas.Namun,masih ramai yang tidak mengetahui bahawa walaupun kita tidak mempunyai seribu pengikut kita masih mampu menjana pendapatan dengan membuka kedai di tik tok.
Pihak PEDi menunjukkan satu persatu cara membuka kedai di tik tok bermula dari mendaftarkan maklumat diri dan jenama kedai kita melalui web tik tok seller center.Pihak PEDi juga menekankan kepada peniaga Online agar menyediakan dokumen terlebih dahula agar kita tahu kategori kita sebagai peniaga sebagai contoh sama ada kategori kita adalah individu tau korporat di mana dokumen kedua-dua adalah berbeza.Kategori individu hanya memerlukan dokumen pengenalan diri manakala korporat memerlukan dokumen SSM dan penyata bank yang kedua-duanya mesti sama maklumatnya.Semua dokumen tersebut perlu dimasukkan ke sistem tik tok seller center yang telah disediakan.
Matlamat utama pihak PEDi dalam berkongsi ilmu keusahawan di applikasi tik tok yang menjadi trending masa kini agar dapat membantu komuniti setempat menaikkan lagi jualan peniaga online dan berada di landasan yang tepat.Pihak PEDi sentiasa mencari gali ilmu-ilmu keusahawan yang terkini agar komuniti setempat tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi masa kini yang sentiasa ke depan dalam perkembangan selaras dengan dunia semakin canggih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: