Program Pusat Ekonomi Digital & Keluaga Malaysia Bersama YB Dato Sri Mustapa B Mohamed
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai Program Pusat Ekonomi Digital & Bersama YB Dato Sri Mustapa B Mohamed yang bertempat di PEDi Gemang,Jeli. Program ini bermula pada jam 4.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Program ini bertujuan untuk mempromosikan fungsi dan peranan PEDi kepada seluruh komuniti daerah Jeli. Daerah Jeli mempunyai 11 buah PEDi yang bertujuan untuk membantu komuniti dalam bidang ict dan keusahawanan. Antara objektif penubuhan PEDi adalah untuk menyediakan akses internet secara kolektif di kawasan kurang liputan dan penduduk berpendapatan rendah, memberikan latihan & program berasaskan ICT, keusahawanan dan multimedia, meningkatkan taraf sosio-ekonomi & modal insan masyarakat luar bandar dan merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar. PEDi juga berperanan sebagai pusat pembelajaran yang menyediakan pelbagai latihan, program kesedaran komuniti dan turut berfungsi sebagai pusat saluran maklumat dan inisiatif pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Oleh itu, PEDi menjadi pusat tumpuan utama pelajar terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk mengikuti kelas atau menduduki peperiksaan secara dalam talian. Selain itu, pembangunan keusahawanan turut menjadi salah satu fokus utama di PEDi dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan ke arah pendigitalan yang inovatif. Lantaran itu, pelbagai program keusahawanan digital telah dilaksanakan di PEDi bagi membimbing usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran lebih luas menerusi platform e-dagang. Diharapkan agar kesemua PEDi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua komuniti bagi tujuan meningkatan kemahiran ict dan menguasai kemahiran perniagaan secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: