Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bersama Pengarah SSM Pahang
19 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Febuari 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi sesi berkaitan Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Pihak PEDi telah menjemput Tuan Kamarudin yang merupakan Pengarah SSM negeri Pahang. Sesi ini bertujuan untuk membuat perkongsian berkaitan hebahan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Skim ini dapat memanfaatkan seramai 7 juta golongan belia dan 150,000 ibu tunggal dari golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan. Selain itu, ia juga dapat membantu golongan ini menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan harian dan merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan dan ekonomi negara. Antara kelayakan skim ini adalah kategori belia golongan B40 yang berumur 18 hingga 30 tahun, tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM. Untuk kategori Ibu tunggal pula, merupakan golongan B40 yang berumur 18 tahun dan ke atas, mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima bantuan prihatin nasional (BPN) bagi golongan B40 dan tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM. Manakala, untuk kategori pelajar pula yang berumur 18 tahun dan ke atas, pelajar secara sepenuh masa di mana-mana pusat pengajian di dalam negara dan tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM. SPPP akan memanfaatkan geran sebanyak RM10 juta yang turut diperuntukkan kepada skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Sehingga kini sebanyak RM3.93 juta daripada geran tersebut telah digunakan dan baki sebanyak RM6.07 juta boleh dimanfaatkan oleh golongan-golongan ini sehingga tahun 2026. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para komuniti dan usahawan bagi mendapatkan sijil pendaftaran perniagan sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: