Kuliah Kelebihan Bulan Syaaban
18 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi live bertajuk Keistimewaan Bulan Syaaban. Pihak PEDi telah menjemput Al Fadhil Ustaz Ahmad Subhi yang merupakan penceramah bebas di Kuala Krai. Sesi ini telah berlangsung selama 1 jam bagi memberi perkongsian berkaitan kelebihan bulan Syaaban. Antara perkongisan utama adalah tentang malam Nisfu Syaaban. Nisfu syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaban, iaitu merujuk kepada malam ke-15. Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa. Selain itu, pelbagai amalan juga boleh dilakukan seperti Solat sunat Nisfu Syaaban. yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban.Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail, solat hajat dan bacaan Yasin. Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepadaa komuniti berkaitan kelebihan bulan Syaaban.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: