“Bicara Petang : Perkongsian Bersama Individu Yang Pernah Dijangkiti Virus COVID-19”
15 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Batu Gajah, Isnin – 14 Mac 2022 - PEDi Batu Gajah telah mengadakan satu perkongsian “Bicara Petang : Perkongsian Bersama Individu Yang Pernah Dijangkiti Virus Covid-19”.Perkongsian tersebut turut disertai PEDi Karangan, PEDi Lawang dan PEDi Repek melalui aplikasi StreamYard yang mana pihak PEDi merupakan salah seorang individu yang pernah dijangkiti virus Covid 19. Sepanjang perkongsian tersebut pihak PEDi berkongsi tips dan langkah-langkah yang boleh dipraktikkan apabila disahkan positif Covid-19 ini dan beberapa perkara yang perlu sepanjang berkuarantin di rumah bagi mengelak virus tersebut menjadi berantai. Hal ini kerana,Covid-19 menjejaskan orang yang berbeza dengan cara yang berbeza, ada dalam kalangan mereka yang dijangkiti mengalami gejala yang ringan hingga sederhana dan pulih tanpa kemasukan ke hospital dan ada pula yang mengalami gejala yang kuat sehingga mereka mengalami kesukaran untuk bernafas.
Pihak PEDi juga berkongsi antara kriteria yang bersesuaian sekiranya masyarakt merasa perlu berkuarantin di rumah sebagai Langkah awal penularan virus tersebut untuk mengjangkiti individu lain.Pihak PEDi juga berharap agar masyakat sentiasa peka terhadap kesihatan mereka di mana negara akan memasuki fasa Endemik Covid-19 pada 01 April 2022, Endemik merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama dan sentiasa wujud di sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada tetapi pada kadar yang stabil serta rendah dengan bantuan program vaksinasi Covid-19. kita perlu menerima yang virus ini hidup di persekitaran kita dan kita perlulah sentiasa berwaspada dan kekal menjaga kesihatan diri. Semoga perkongsian ini dapat membantu masyarakat dalam menangani virus Covid-19 dan semoga bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: