Bicara KDB : ‘Scammer & Hacker’ Bersama PEDi
15 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniSelasa 15 Februari 2022-Pusat Ekonomi Digital Batu Gajah,telah menyertai satu perkongsian menarik dan bermanfaat Klik Dengan Bijak dengan topik “Scammer & Hacker” Bersama PEDi. Perkongsian tersebut dikelolakan oleh Pengurus PEDi Lawang,Pn.Amnina dan disertai oleh PEDi Batu Gajah,Repek dan Karangan melalui StreamYard Live FB PEDi Lawang.
Pihak PEDi memilih topik Scammer dan Hacker kerana ia menjadi topik semasa pada masa kini yang mana masih ramai masyarakat yang menjadi mangsa jenayah siber tersebut walaupun sentiasa diwar-warkan berkaitan jenayah siber tersebut.Pihak PEDi menerangkan berkaitan Scammer yang bermaksud individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain manakala Hacker bermaksud aktiviti penggodaman iaitu pencerobohan yang dibuat oleh individu atau kumpulan yang dipanggil penggodam ke atas komputer pelayan tanpa mendapat keizinan dari pelayan rangkaian komputer tersebut.
Perkongsian tersebut juga memberi panduan kepada masyarakat mengenali Scammer agar komuniti dan masyarakat tidak terus menjadi mangsa,kerana Scammer dan Hacker tidak pernah tidur dalam mencari mangsanya. Antaranya,dengan menyamar menjadi pihak Bank,LHDN,Polis dan sebagainya,’Love Scam’,Skim Cepat Kaya,Penipuan Pakej Umrah,dan lain-lain.Manakala Hacker terbahagi kepada dua kategori iaitu Black Hat Hacker dan White Hat Hacker.Black Hat Hacker adalah seseorang yang menggodam komputer orang lain untuk mencuri data peribadi seperti kata kekunci (password) atau mendapatkan maklumat tertentu atau menceroboh sistem keselamatan sesuatu bangunan yang ingin dimasuki bagi mencapai misi.White Hat Hacker adalah seseorang yang menggunakan kemahiran dan pengetahuannya untuk mengambil alih kawalan ke atas komputer orang lain.Namun ia adalah mengetahui kelemahan sistem keselamatan komputer tersebut untuk tujuan meningkatkan atau memperbaharui ciri-ciri keselamatannya.
Kesimpulannya,Pihak PEDi sentiasa peka berkaitan isu semasa dan berusaha untuk memberi maklumat kepada komuniti agar tidak menjadi mangsa penipuan Scammer dan Hacker yang boleh memberi kesan negatif kepada mangsa seperti tekanan perasaan dan kerugian kewangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: