Bicara Pagi : Cakna Komuniti Bantuan
15 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai satu perkongsian berkaitan Bantuan atau BKM yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.Bicara pagi yang dikendalikan oleh Pengurus PEDI Lawang,Pn.Amnina turut disertai oleh PEDi Kg Karangan dan PEDi Kg Repek yang berlansung selama 1 jam secara atas talian di Stream Yard Live Kg Lawang.Sesi bicara pagi diberi tajuk ‘Cakna Komuniti,Bantuan ’.
Tujuan perkongsian tersebut adalah bertujuan untuk memberi hebahan kepada komuniti berkaitan Bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak mengikut syarat yang digariskan.Umum,mengetahui bahawa pihak kerajaan telah mengumumkan berkaitan peruntukkan kepada bantuan yang bermula 1 januari 2022 sehingga 31 januari 2022 bagi tujuan kemaskini dan permohonan baru.Pihak PEDi juga mewarkan berkaitan jadual pembayaran bagi setiap kategori yang bermula pada Mac 2022 dan berakhir pada Disember 2022 mengikut kategori yang ditetapkan.
Pihak PEDi turut menekankan kepada Komuniti agar menyediakan dokumen lengkap sebelum ke PEDi bagi memudahkan urusan pihak PEDi dan memudahkan urusan Komuniti.Antara dokumen yang diperlukan setiap kali berurusan dalam mengemaskini BKM adalah seperti Kad pengenalan,sijil kahwin/cerai,kad pengenalan anak dan pasangan,Visa/passport dan sijil kematian.Selain itu,pihak PEDi juga berkongsi syarat berkaitan Skim Khairat Kematian bagi yang layak kepada komunti,berkaitan MySalam dan beberapa lagi perkongsian penting kepada komuniti supaya komuniti PEDi tidak ketinggalan dalam setiap bantuan kerajaan dan sebagainya.
Pihak PEDi senantiasa membantu komuniti yang berkunjung ke PEDi semampu kami dalam memastikan Komuniti PEDi sentiasa mendapat yang terbaik dan tidak ketinggalan dalam setiap perkembangan teknologi masa kini yang kian pesat membangun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: