Design Talk: Social Media Content Menggunakan Canva
14 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2022, PEDi Batu Gajah telah mengadakan sesi live berkaitan Social Media Content menggunakan Canva. PEDi Batu Gajah telah menjemput Encik Naim Thani yang merupakan pemilik Syarikat Menteri Printing. Sesi live ini telah diadakan dengan kerjasama dari beberapa PEDi lain seperti PEDi Karangan, Chucuh Puteri, dan Manek Urai. Dalam sesi ini, En. Naim telah menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan Content Social Media sendiri hanya menggunakan aplikasi secara online. Kaedah ini sangat berguna kepada para usahawan untuk menaik taraf iklan produk mereka dengan lebih baik. Hal ini kerana, usahawan dapat membuat promosi tanpa perlu mengeluarkan modal upah. Pengguna hanya perlu akses kepada aplikasi tersebut dan bebas untuk membuat pelbagai reka bentuk content mengikut citarasa dan keperluan sendiri. Dalam sesi ini juga, beliau telah menunjukkan cara mengakses kepada aplikasi tersebut dan panduan untuk membuat pilihan yang bersesuian dengan produk. Pengguna boleh memasukkan gambar yang telah dimuat turun atau gambar simpanan sendiri di content yang dihasilkan. Selain itu, beliau juga telah menunjukkan cara untuk memilih jenis font yang bersesuaian dan pemilihan warna yang betul untuk mendapatkan gambar yang menarik. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: