Kelas Asas ICT: Membuat Jadual Menggunakan Microsoft Excel, Powerpoint Dan Word
14 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniAhad,13 Februari 2022-Pusat Ekonomi Digital Batu Gajah,telah membuat satu perkongsian ICT bersama pihak PEDi Lawang,Repek dan Karangan melalui StreamYard Live PEDi Batu Gajah.Perkongsian dari PEDi Batu Gajah adalah Kelas Asas ICT: Membuat Jadual menggunakan Microsoft Excel, PowerPoint dan Word.
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer iaitu perisian Microsoft supaya penonton tahu cara untuk menggunakannya. Pihak PEDi telah berkongsi cara untuk membuat jadual mingguan/ bulanan/ tahunan menggunakan MS Excel, PowerPoint dan Word. Untuk sesi jadual menggunakan MS Excel dan Power Point dikendalikan oleh PEDi Batu Gajah manakala perkongsian menggunakan MS Word dikendalikan oleh PEDi Repek.Pihak PEDi memilih perkongsian membuat jadual kerana jadual aktiviti merupakan salah satu hal yang penting untuk diri sendiri, organisasi dan sewaktunya dalam memastikan target atau matlamat mampu dicapai.
Melalui penggunaan MS Excel para penonton dapat melihat kaedahnya adalah lebih senang dan mudah kerana sudah tersedia templete dan hanya perlu menukar gambar atau perkataan yang diperlukan.Tarikh kalendar juga sudah tersedia penonton hanya perlu mengubah sedikit sahaja mengikut citarasa pengguna.Manakan Power Point memerlukan sedikit ketelitian dan kreativiti yang lebih agar jadual yang disediakan adalah mearik dan padat.Begitu juga perkongsian untuk perisian MS Word oleh Puan Norbaya dari PEDi Repek menerangkan kegunaan simbol yang terdapat di perisian tersebut seperti jenis tulisan, saiz tulisan, cara untuk memasukan gambar untuk menjadikan jadual kelihatan menarik dan cara untuk menukar latar belakang jadual kepada warna yang dikehendaki.
Kesimpulan dari kelas ini pihak PEDi memberi peluang kepada komuniti dan penonton untuk membuat pilihan dalam membuat jadual sama ada menggunakan MS Excel,Power Point atau MS Word.Secara tidak langsung juga dapat sentiasa mengajar ilmu-ilmu baru kepada komuniti.Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu masyarakat serta pelajar yang tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: