Kursus Open Broadcaster Software (OBS)
13 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai kursus Kursus Open Broadcaster Software (OBS) yang diadakan secara online menggunakan aplikasi Google meet. Kursus telah dikendalikan oleh Pengurus PEDi Semenyih iaitu En. Anuar. Kursus ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4 petang. Dalam sesi ini, peserta yang terdiri daripada Penolong Pengurus PEDi dibawah seliaan Nera telah diperkenalkan dengan aplikasi OBS. Secara umumnya, OBS merupakan sebuah program streming dan rakaman video popular yang menawawarkan pelbagai ciri yang tiada pada aplikasi lain. Aplikasi ini dilihat releven dengan situasi dikala musim pendemik COVID-19 apabila masyarakat perlu membiasakan diri dengan norma baharu. Kini, segala tugasan atau kerja-kerja banyak dijalankan secara dalam talian. Oleh yang demikian, aplikasi dalam talian seperti Google Meet, Zoom, StreamYard adalah sangat popular. Kursus ini juga bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran berkomunikasi kepada kakitangan Pusat Ekonomi Digital yang lain serta mempelajari penggunaan asas perisian OBS Studio. Antara pengisian kursus ini adalah cara membuat carian OBS, muat turun, pengenalan asas terhadap OBS, setting asas, pengenalan mengenai scenes, pengenalan mengenai sources, penggunaan Green Screen, penggunaan Virtual Camera, membuat sambungan OBS ke Google Meet, Zoom Meeting & StreamYard dan sesi latihan. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para peserta bagi meningkatkan fungsi PEDi kepada komuniti dan dapat berkongsi ilmu baru dengan komuniti yang memerlukan seperti pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: