Gigi Menawan, Cantik & Bersih Bersama Dr. Insyirah
14 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2022, PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi live bertajuk Gigi menawan, cantik dan bersih. Pihak PEDi telah menjemput Doktor Insyirah Binti Mohd Noor yang merupakan Pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Kuala krai. Sesi ini bertujuan untuk memberi perkongsian berkaitan masalah pergigian dan melibatkan kerjasama dengan beberapa PEDi lain seperti PEDi Manek Urai, Karangan dan Chucuh Puteri. Panel jemputan telah mengupas pelbagai persoalan berkaitan punca masalah gigi dan cara rawatan yang disediakan di kilinik pergigian awam. Sesi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan penonton dan pelbagai persoalan dari kalangan penonton. Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada para penonton untuk meningkatkan pengetahuan dan rawatan berkaitan pergigian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: