Perkongsian Usahawan Desa & Norma Baru
22 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2021, Pusat Internet Batu Gajah telah mengadakan sesi live tentang Usahawan Desa & Norma bersama usahawan desa PIK Batu Gajah iaitu Puan Norzailawani Bt Yusoff secara Stream Yard Live. Sesi tersebut dikendalikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet Batu Gajah iaitu Muhd Ariff di Pusat Internet Komuniti Batu Gajah. Ianya berujuan untuk memberi perkongsian tentang pengalaman usahawan dal berniaga dan berkongsi idea berkaitan cabaran berniaga semasa suasana norma baru. Selain itu, sesi perkongsian ini juga dapat mempromosikan produk usahawan desa supaya lebih dikenali dan secara tidak langsung program sebegini dapat memberi suntikan semangat kepada usahawan desa atau setempat untuk mempromosikan produk mereka secara lebih meluas.
Sepanjang program berjalan staff PIK Batu Gajah banyak mempromosikan Puan Norzailawani sebagai usahawan produk makanan yang mana sebelum ini hanya bermula dari rumah dan kemudiannya mula berminat untuk mengembankan lagi perniagaan secara online. Pada awalnya beliau mempromosikan melalui kenalan sehinggalah kepada penggunaan ICT selari dengan perkembangan ICT. Sembang Santai tersebut juga, mendapat respon positif dari pelbagai pihak berdasarkan komen-komen dan view yang ramai. Hal ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa PIK bukan sahaja tempat untuk melayari internet tetapi sebagai Pusat pelbagai maklumat. Diharapkan agar program sebegini dapat membuka lebih banyak peluang pemasaran kepada usahawan dan bakal usahawan setempat sejajar dengan perkembangan ICT yang semakin meluas penggunaannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: