Tutorial Bagaimana Upload Video Ke Youtube
19 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2021, PIK Batu Gajah telah membuat satu sesi perkongsian ringkas bagaimana untuk muat turun video ke youtube secara mudah difahami.Perkongsian tersebut dikelolakan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah, Cik Hanani.Tujuan perkongsian tersebut kerana umum mengetahui Youtube adalah salah satu platform menjana pendapatan pasif yang agak lumayan juga,tambahan dalam cabaran covid-19 sekarang ramai pengguna internet cuba mencari sesuatu yang baru asal mampu menjana pendapatan ekoran desakan kewangan yang dihadapi semua lapisan masyarakat.Hal ini dapat dilihat lebih ramai ‘Youtuber dan Tik toker” baru tumbuh bagai cendawan.
Oleh itu pihak PIK Batu Gajah mengambil peluang memberikan pendedahan baru kepada pengguna baru untuk menjana pendapatan dengan aktif sebagai youtuber yang berkualiti bermula dari bawah.Selain itu juga pihak PIK Batu Gajah juga memberi serba sedikit tips yang boleh diambil kira oleh pengguna internet baru atau youtuber dan tik toker baru terutama kandungan dalam sesetiap video yang di muat turun agar mendapat sambutan yang ramai dari hari ke hari serta mampu memberi pengajaran berguna kepada mereka yang menonton.Sebagai contoh pihak PIK memuat turun lagu-lagu lama agar dapat didengari oleh anak-anak muda zaman sekarang di mana umum mengetahui ada perbezaan trend lagu zaman dulu dengan zaman sekarang.Oleh itu pihak PIK berharap perkongsian ringkas tersebut dapat membantu komuniti menjadi pengguna bijak terutama dalam keadaan sekarang yang lebih dekat kepada penggunaan internet. Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: