Terokai Kampung Batu Gajah
16 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan sesi perkongsian dengan komuniti tentang kampung Batu Gajah. Sesi ini bertujuan untuk memberi perkongsian kepada golongan muda tentang sejarah nama kampung, aktiviti ekonomi, tempat menarik dan sebagainya . Pihak PIK telah menjemput salah seorang daripada Ahli Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) iaitu Encik Mazilan B Mat Salleh yang merupakan komuniti aktif di Kampung Batu Gajah. Menurut beliau, nama Kampung Batu Gajah diambil bersempena dengan sebuah batu yang berbentuk menyerupai seekor gajah. Batu tersebut berada di kawasan berdekatan PIK yang sering dijadikan sebagai tempat untuk sambutan hari kebangsaan.
Dalam aspek sosioekonomi pula, kebanyakan penduduk terdiri daripada golongan pertengahan yang bekerja sendiri seperti berniaga, menternak dan pertanian yang lain. Hal ini disebabakan oleh faktor geografi yang dikelilingi oleh kawasan pertanian. Manakala, dalam aspek pembangunan pula,kampung Batu Gajah telah mengalami perubahan pesat setelah menerima pelbagai kemudahan awam seperti sekolah rendah dan menengah, klinik kesihatan, balai polis, perpustakaan desa, pejabat risda dan sebagainya. Hal ini menjadikan kampung Batu Gajah dijadikan sebagai tumpuan penduduk di kawasan berhampiran. Diharapkan agar perkongsian sejarah berkaitan kampung Batu Gajah ini dapat memberi pengetahuan tambahan kepada golongan muda seperti belia berkaitan asal usul nama kampung dan perkembangan pembangunan yang berlaku di kampung ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: