Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2021, Penolong Pengurus PEDi Batu Gajah telah mengikuti satu taklimat berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zaim Bin Hamdan iaitu pegawai dari SSM bersama dengan Encik Mohd Mahfuz Fahmi wakil dari SKMM dan juga Encik Mohammad Syafiq Hairom iaitu Ketua Unit Seksyen Pendaftaran Perniagaan SSM. Taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua Penolong Pengurus PEDi dan juga Rakan Digital (RD) berkenaan program baru dari SSM iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang merupakan salah satu inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma. Sepanjang taklimat dijalankan pihak SSM juga menerangkan tentang kepentingan usahawan mendaftarkan perniagaan mereka. Dalam perkongsian ini juga, pihak SSM menerangkan tentang perbezaan jenis perniagaan yang didaftarkan serta kelebihan dan kekurangan untuk setiap perniagaan berkenaan. Pihak SSM juga menerangkan tentang cara untuk mendaftar dan menggunakan laman web ezbiz.ssm.com.my . Laman web Ezbiz merupakan platform pendaftaran SSM secara atas talian yang boleh digunakan oleh usahawan untuk sebarang urusan berkaitan SSM seperti mendaftar akaun SSM, memperbaharui serta lain-lain urusan yang berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: