Panduan Asas Membuat Slide Infografik Untuk Pembentangan
17 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan kelas Panduan Asas Membuat Slide Infografik Untuk Pembentangan kepada pelajar IPTA yang ingin menjalani pembentangan laporan praktikal. Dalam sesi ini, staff PIK telah mendedahkan berkaitan cara penggunaan Power Point untuk menyediakan slide pembentangan yang berkualiti. Antara perkara yang difokuskan adalah berkaitan dengan tatacara penggunaan font, ikon, gambar dan cara aturan yang baik dalam menyediakan slide.
Bagi memudahkan pemahaman, peserta diminta untuk membuat sesi tutorial secara langsung bersama staff bagi meningkatkan kafahaman dalam menyediakan slide pembentangan yang berkualiti. Diharapkan agar perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan seterusnya boleh dikongsikan bersama kenalan lain di IPT masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: